Friday 23 December 2016

KETAHUI PUNCA DAN JENIS KEPUTIHAN DAN CARA MENGATASINYA


Ramai kaum wanita yang mengalami masalah keputihan, Jika di biarkan ia boleh mendatangkan masalah. Masalah keputihan ini akan membuatkan kita berada di dalam keadaan tidak selesa dan boleh membuatkan kita gatal pada kemaluan..Kita perlu ketahui punca terjadinya keputihan agar kita dapat mengatasi masalah ini.

PUNCA DAN JENIS KEPUTIHAN


Punca Keputihan

Keputihan selalunya terjadi akibat perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubatan, dan penyakit dalaman. Kehidupan wanita kerap berlaku perubahan hormon terutama ketika kitaran haid, mengandung, dan bersalin. Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika kitaran haid.
Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya. Keadaan stress mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.  Begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, manakala tiroid juga akan mengakibatkan ketidakseimbangan hormon.


Jenis-jenis keputihan. 

1. Chlamydia Keputihan yang dibawa  oleh   Chlamydia dapat menyebabkan berlakunya kelahiran  pra matang  pada bayi akibat pecahnya selaput ketuban sebelum tiba waktunya. Selain itu  juga boleh mengakibatkan keguguran malahan kematian ibu dan janin jika tidak segera ditangani dengan serius.

2. Kuman Herpes Simpleks Keputihan yang disebabkan oleh kuman Herpes Simpleks dapat menyebabkan radang pada otak bayi (ensefalitis).

3. Candida Albican Keputihan yang disebabkan oleh kulat Candida dapat meningkatkan risiko berlakunya (epilepsi) pada bayi.

4. Kuman  HPV Keputihan yang disebabkan oleh kuman HPV boleh menyebabkan  gangguan penafasan dan gangguan pencernaan bayi sehingga boleh mengakibatkan kematian.

5. Neisserea Gonorrhoea Keputihan yang disebabkan oleh Neisserea Gonorrhoeae dapat menyebabkan jangkitan pada mata bayi sehingga boleh mengakibatkan buta.

Warna Keputihan

1. Jernih
Sekiranya, lelehan yang dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau, ia adalah keputihan normal yangtidak perlu dirisaukan. Lazimnya, lelehan daripada warna seperti ini akan keluar dua minggu menjelang haid, sekitar waktu subur dan apabila hormon estrogen berlebihan mahupun stres. Malah, keputihan seperti ini turut sering dialami oleh kebanyakan wanita hamil.

2. Putih
Lain pula halnya jika lelehan yang keluar berwarna putih, berair dan berbau busuk.
Malah, jika kegatalan di sekitar kemaluan dialami dan disertai dengan rasa sakit ketika membuang air kecil maka kemungkinan besar keputihan telah  dijangkiti  sejenis kulat dikenali sebagai candida albicans. Kulat ini sememangnya paling sering hinggap di bahagian intim wanita.

3. Putih pekat
Sekiranya lelehan yang keluar kelihatan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dengan bau yang tidak begitu menyenangkan, berkemungkinan berlaku radang pada serviks dan vagina. Dalam keadaan tertentu terutamana ketika keadaan menjadi lebih teruk, rupa lelehan itu akan kelihatan seperti tairu. Untuk makluman anda, masalah ini sebenarnya turut berpunca daripada jangkitan candida albicans.

4. Coklat
Lelehan yang berwarna coklat, berair, sangat banyak dan lembap merupakan petanda anda mengalami masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat tersebut timbul akibat perdarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar warna menjadi coklat.

5. Merah muda
Bagi anda yang mungkin mengalami lelehan yang berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka berkemungkinan berlaku jangkitan bakteria yang tidak khusus. Biasanya keputihan ini terjadi setelah melahirkan. Selain daripada itu, ia juga mungkin haid, pendarahan di pangkal rahim, faraj atau dalam rahim. Antara lain, gejala ini turut timbul saat anda mengalami masalah hormon estrogen berlebihan.

 6.Kelabu
 Apabila lelehan berwarna kelabu dengan garis darah, berair, sangat banyak dan berbau busuk, anda perlu lebih prihatin dan segera mendapatkan pemeriksaan doktor kerana ia bekemungkinanan petanda awal kanser.

7. Kuning kehijauan
Jika lelehan yang keluar berupa kuning kehijauan, berbuih, sangat banyak, gatal, berbau busuk dan sakit di sekitar kawasan bahagian intim serta kemerahan pada vagina, kemungkinan besar anda mengalami jangkitan yang disebabkan oleh kuman protozoa trichomonas vaginalis.

8. Kuning
Jangkitan yang disebabkan oleh nisseria gonorrhoe mungkin berlaku apabila lelehan yang keluar berwarna kuning, kental, sangat banyak, terasa panas dan gatal pada kemaluan; sakit di daerah sekitar kemaluan serta sakit ketika anda membuang air kecil.

Bagi mengatasi masalah keputihan ini Kakma sangat syorkan anda mengamalkan vitamin Shaklee ini kerana kakma sudah membantu ramai mereka yang ada masalah ini.

3 vitamin yang kakma syorkan ialah
GLA - berfungsi bagi menstabilkan hormon
Alfalfa - untuk proses detok dan melawan alahan.
Garlic - berfungsi sebagai anti kulat dan antibiotik semulajadi

VITAMIN UNTUK RAWAT KEPUTIHAN



Dapatkan Set keputihan ini sekarang hubungi kakma 0193624134,

Kalau anda berasa sekitar kampung padang balang sentul atau gombak anda boleh dapatkan vitamin terbaik untuk mata ni secara COD dan kakma akan konsult anda secara direct.

Kakma adalah pengedar shaklee kawasan kampung padang balang sentul dan bagi yang jauh kakma boleh pos..kakma menggunakan perkhidmatan poslaju selalu pos pagi ni esok dah sampai.

untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji
Call/ Whatsapp : 019 3624134
Email : Kmshop143@gmail.com
FB : Mai Md saupi

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*