Monday 24 October 2016

POTENSI BONUS SHAKLEE DILUAR JANGKAAN


Masa mula- mula kakma join shaklee memang tak tahu detail mengenaik bonus shaklee yang kakma tahu hanya untung runcit lagipun kakma tak tahu pun masa tu shaklee ni MLM.Ini kerana kakma dah guna produk shaklee dan produknya menang berkesan dan terbaik.Bonus pula akan di masukka terus ke dalam akaun setiap 15 haribulan setiap bulan bagi yang layak.

Setiap 15 haribulan bonus masuk tapi selaluya awal sehari.

Lepas kakma dah teliti baru kakma tahu sebenarnya, untuk bonus tunai, ada 6 peluang bonus tunai yang kita boleh dapat.Dan paling kakma kagum sistem bayaran bonus shaklee ini telah di paternkan, maka tiada siapa boleh tiru patern bayaran bonus shaklee.

Jom kakma kongsikan dan terangkan 6 pelaung bonus tersebut.

Apabila anda menjadi salah seorang ahli Shaklee, anda berpeluang untuk membina perniagaan anda. Anda berpeluang untuk mendapat bonus tunai berikut:

1- Untung Runcit 
- Bonus ni kita dapat bila kita jual harga runcit. Kalau kita jual harga ahli memang tak dapatlah. Apatah lagi menganiaya diri sendiri dan juga pengedar Shaklee yang lain dengan menjual di bawah harga ahli. Haram tau. Dahlah nak kasi anak-anak makan.

2- Bonus Peribadi
i) Bonus peribadi kasar - Shaklee akan bayar berdasarkan jualan peribadi yang kita buat setiap bulan. Lagi banyak kita jual, lagi banyak bonus peribadi yang kita dapat, so kalau nak bonus banyak kena usaha lebih.

ii) Bonus peribadi bersih - Sekiranya anda ada ramai anak buah yang berjaya melakukan jualan, Shaklee juga akan membayar anda bonus peribadi bersih.

- Bonus ni special sikit, sebab Shaklee bayar di atas usaha kita membantu, coaching, mentoring anak buah sehingga mereka berjaya membuat jualan mereka. 100% tak usik bonus anak buah. Semua dari Shaklee.So selagi anak buah kita belum berjaya membantu anak2 buah membuat jualan kita tidak akan dapat apa2.

3- Bonus Kepimpinan
- Bonus yang paling besar di dalam Shaklee sebenarnya ialah daripada bonus kepimpinan. Bonus kepimpinan ni berdasarkan keupayaan kita sebagai seorang leader di dalam Shaklee 
- Maksudnya, lebih ramai anak buah yang kita bantu menjadi seorang leader, lagi banyaklah bonus kepimpinan.
- Jadi jangan fikir nak berjaya sorang2 bantu lah anak2 buah kita untuk berjaya sama2 dan rasa bonus banyak jugak.

4- Bonus Insentif Khas
- Bonus insentif khas ni diberikan kepada pengedar Shaklee yang sudah mencapai rank tertentu. Contohnya, kalau dah jadi Coordinator dan ke atas, Shaklee akan kasi tambahan bonus.

5- Bonus Kereta
-bonus ini kita akan dapat bila kita dah cukul syarat yang ditetapkan.
- Tapi, kita takkan dapat sebiji kereta BMW atau Merc. Tapi kita akan dapat replika kunci semasa National conference sebagai simbolik.
- Shaklee bagi duit tunai. Suka hatilah nak beli kereta apa. Nak simpan saja pun boleh, nak buat deposit rumah pun boleh. Nak masukkan semua ke dalam akaun mak ayah pun boleh. Atau nak pergi melancong n bercuti pun boleh.Tiada siapa pun yang marah.
Kakma bersama anak buah yang sama2 dapat kunci ketata sebagai simbolik kami dah layak dapat bonus kereta

6- Bonus Insentif Berkala 
- Shaklee akan selalu tawaran bonus insentif ni. Setiap program insentif ni berlainan. Tak sama setiap program, dan ada jangkamasa tertentu. So, kena usaha sungguh-sungguh untuk grab. Kalau tak grab rugilah.
- setiap cycle juga shaklee akan bagi award dalam bentuk cash iaitu superstar award.
Ini contoh super star Award yang di tawarkan pada tahun 2014.

Kakma ingat lagi kakma dapat bonus insentif sebab naik rank key coordinator bernilai rm3400 rasanya..nanti kakma cari balik surat tu dan kongsi di sini yer.

Banyakkan peluang bonus yang kita akan dapat kalau kita buat betul2.
Walaupun Shaklee ni adalah MLM tapi cara pembahagian bonus adalah sangat adil. Siapa malas, memang tak dapat apa. Siapa rajin berusaha dia akan dapat lebih.

Dalam Shaklee juga, tiada istilah siapa masuk dulu nanti dia paling kaya. Isk, ini bukan skim piramid atau skim cepat kaya.Yang betulnya, siapa usaha lebih banyak, dialah kaya. Walau dia baru join beberapa bulan dan kalau yang join dah 4 tahun tapi tak buat apa2 memang tak akan dapat apa2.Dannnn, paling best, tak payah nak bergolok gadai memulakan bisnes ni. Tak payah nak buat loan sampai berpuluh-puluh ribu.

Honestly ramai pengedar Shaklee yang masih setia dengan bisnes ni sebab jatuh cinta dengan produk termasuklah kakma senang hati nak jual produk yang baik, halal dan selamat.Lagipun kakma sendiri dah rasai keberkesananya.
Kisah bagaimana kakma mula terjebak dengan shaklee

Nak join ahli shaklee dan buat bisness serta jana pendapatan dengn shaklee jom join Group kakma.
Anda akan diajar dan di guide dari Zero apa yang penting semangat, usaha dan tidak  putus asa.
Hubungi kakma 0193624134
Cara nak daftar shaklee

Sunday 23 October 2016

TANDA TANDA KELAHIRAN SUDAH DEKAT


Kelahiran bayi ada lah satu saat yang sangat ditunggu oleh ibu dan juga ayah.Namun bagi seorang ibu selain perasaan gembira, tak sabar ada 1 perasaan risau dan takut juga sebenarnya lagi2 jika ianya kelahiran kali pertama.Tiada pengalaman sendiri ia membuatkan ibu berdebar dan tertanya-tanya.


Kakma ingin kongsikan 11 tanda kelahiran sudah dekat agar ibu2 lebih bersedia dan tidak cemas.Sakit kontraksi yang akan di alami sebelum melahirkan bayi selalu dimulai dengam adanya rasa sakit yang ringan pada punggung dan kemudian menjalar ke seluruh tubuh.Berikut adalah 11 tanda kelahiran bayi semakin dekat yang ibu harus tahu agar memudahkan menjangka masa kelahiran.

1.Perubahan Bentuk Badan
Perubahan pada hormon ibu akan merubah bentuk tubuh, yang mana bahagian punggung akan melebar dan mempermudahkan jalan untuk bayi lahir.Payudara juga nampak semakin membesar ini kerana proses penghasilan susu sudah bersedia dan ada kalanya susu mmg sudah ada.

2.Sakit Pinggang dan Punggung
Sakit ini merupakan gejala paling umum akan dirasai sebelum melahirkan atau semasa proses bersalin.Kita harus tahu bezakan samaada sakit pada bahagian pinggang dan punggung yang normal atau merupakan salah satu tanda sudah sampai waktu melahirkan.

Sakit pinggang dan punggung

3.Perut Rasa Mengeras
Perut akan terasa kerap mengeras ini kerana bayi mulai turun ke bawah rahim.Perut juga akan terasa memulas seperti ingin membuang air besar dan ia membuatkan perut terasa semakin mengeras.

Emosi tidak stabil

4. Kondisi Psikologi Tidak Stabil
Ibu yang dah hampir saat melahirkan kadang kadang berubah emosinya sehinggakan sukar diramal.Ada ibu yang gelojak energinya berlebihan atau ada yang suka menyendiri.Ini wajar terjadi kerana fasa untuk melahirkan adalah satu proses yang luar biasa yang mana perlukan persiapan fizikal dan mental.

5. Kontraksi
Dinding rahim akan merasa mengeras sebelum proses bersalin berlaku.Ada juga ibu yang tidak menyedari akan proses kontraksi ini kerana kadang ia tidak terasa menyakitkan.Pernah ada kawan kakma sendiri masih boleh buat kerja macam biasa tapi tiba2 air ketuban dah pecah dan jalan dah terbuka 6cm.

6. Tidak Tahan Buang Air Kecil
Keadaan ini memang biasa bila sudah sampai trimester ke 3 tapi jika memang sudah hampir waktu keadaan akan sangat berbeza ini kerana kita seakan tidak dapat menahan langsung.Kakma sendiri memang sampai satu tahap masuk je bilik air tak sempat duduk dan buka seluar.Ini terjadi kerana kepala bayi sudah semakin ke bawah dan menuju ke jalan keluar.

7. Keluar Lendir dari Vagina
Jika ini terjadi maka proses kelahiran semakin dekat.Jika keadaan ini berpanjangan ia menunjukkan memang semakin dekat proses bersalin dan lendir ini kemudiannya bertukar menjadi air, akan mengalir keluar sebaik tibanya saat melahirkan.
Keluar lendir dari vagina

8. Ada Cecair Darah
Kakma sendiri 3 kali bersalin memang ini lah tanda semakin dekat nak bersalin.Selalunya bila keluar tanda ini maka bersiaplah untuk pergi ke hospital ini kerana prosesnya sudah tiba.
Teringat masa kakma menunggu hari anak pertama, masa tu kakma baru siap solat magrib tiba-tiba kakma rasa macam ada sesuatu keluar bila tengok ada kesan darah pada telekung solat memang mendebarkan maklumlah anak sulung.

9. Gerakan Bayi Perlahan
Sebelum merasa kesakitan untuk bersalin ibu dapat rasa pergerakan bayi terasa lambat bergerak.Ini terjadi kerana bayi sedang mengatur posisi kelahirannya.

10. Pecah Air Ketuban
Setelah merasa sakit kontraksi, Vagina akan mengelurkan air atau di panggil pecah ketuban.Jika keadaan ini berlaku ibu memang perlu ke hospital segera dan jika memang berapa di hospital nurse atau doktor memang akan bawa ibu terus ke bilik bersalin.
Segera hantar ke bilik bersalin
11. Pembukaan Jalan
Tanda kelahiran yang terakhir adalah bila kepala bayi sudah berada di bahagian pintu rahim, pembukaan jalan berlaku secara perlahan-lahan.Selalunya jika kelahiran pertama setiap 1 jam jalan akan terbuka sebanyak 1cm.Tapi ada jgk kes ia sangat lama dan ada rezeki ia berlaku sangat pantas.Masa ini sakit bersalin akan benar benar terasa dan menguji ibu.

Jika ada semua tanda tanda di atas kecuali yang ke 11 ibu harus bersiap sedia dari segi mental dab fikizal, ibu perlu banyak rehat dan makan makanan berkhasiat agar bertenaga untuk menghadapi proses kelahiran.Semasa sakit kontraksi dan semasa proses pembukaan jalan kita sebagai muslim harus banyak bersabar dan perbanyakkan mengingati Allah dengan zikir2 ringkas dan membaca selawat ke atas Rasulullah.Memang setiap ibu tidak sama proses namun tanda2 ini mungkin boleh di jadikan kayu ukur.Kakma doakan buat semua ibu yang sedang menunggu hari semoga dipermudahkan proses melahirkan.

Saturday 22 October 2016

VITAMIN UNTUK MENINGKATKAN KESUBURAN DAN MEMBERI TENAGA KEPADA SUAMI


Assalamualaikum
Kakma nak kongsikam vitamin untuk meningkatkan kesuburan untuk pihak suami.Vitamin ini juga sangat bagus untuk membantu suami sentiasa sihat dan memberi daya rangsangan untuk bersama isteri.Ia juga membantu memberi tenaga dan menghasilkan sperma yang berkualiti.

Vitamin tersebut adalah:

Vita C
Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Hanya sperma yang sihat sahaja yang akan berjaya sampai ke ovum dan hanya sperma yang kuat sahaja dapat bersenyawa dengan ovum.

Coq
Meningkatkan bilangan sperma dan pergerakan sperma semasa proses pensenyawaan dan juga mengurangkan peratusan penghasilan bentuk sperma yang abnormal.Meningkatkan ketahanan batin dan seksual terutamanya bagi lelaki yang merokok.
Meningkatkan bilangan dan pergerakan sperma serya mengurangkan peratusan penghasilan sperma yang abnormal.

Vitamin E

Meningkatkan kesuburan dengan mengurangkan kemusnahan radikal bebas yang boleh mengurangkan kualiti sperma.
Selenium di dalam vitamin E sangat berkuasa mengurangkan pembengkakan prostat dan mengekalkan kesihatan salur darah.
Suami dan isteri yang mengambil vitamin E mempunya lebih tenaga dan menikmati hubungan suami isteri
Selenium di dalam vitamin berkusa mengurangkan pembengkakan prostat

Vitamin E mmebantu meningkatkan kualiti sperma


Zinc
Zinc pula penting untuk lelaki menghasilkan sperma yang sihat dan kuat yang secara tak langsung meningkatkan peluang persenyawaan terjadi. Selain itu, Zinc juga membantu meningkatkan keinginan seksual.
Zinc membantu membaiki sperma dari segi bilangan, bentuk dan pergerakan sperma.Zinc juga bantu mengurangkan mati pucuk di kalangan lelaki.


Ingin dapatkan vitamin  ini secara COD jika anda berada di area gombak atau sentul.Ini kerana kakma adalah pengedar shaklee area gombak dan sentul.
untuk matlumat lanjut hubungi mai di talian 0193624134

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Friday 21 October 2016

KETAHUI PUNCA JEJAS RANGSANGAN SEKS LELAKI DAN CARA MENGATASINYA


Kaum lelaki suka ambil mudah soal kesihatan diri.Hingga satu tahap mereka bertindak melulu dengan mengambil pelbagai ubat kuat bagi meningkatkan tahap kejantanan saat menjalinkan hubungan intim dengan pasangan mereka.



Ramai tidak sedar bahawa ubat kuat yang berlambak di pasaran telah terbukti secara saintifik akan memberi kesan terhadap tubuh badan mereka.Sepatutnya mereka cuba dan cari punca dan selesaikan dengan rawatan yang sepatutnya..tapi ramai antara mereka malu untuk mendapatkan rawatan.

Jom ketahui punca yang boleh menjejaskan rangsangan seksual lelaki.

OBESITI
KKM memaklumkan, hampir setiap dari 3 orang rakyat malaysia terutamanya golongan muda dikesan sama ada mengalami berat badan berlebihan atau obes, ini menyebabkan mereka berisiko tinggi mendapat penyakit diabetis.
Pada tahun 2014 KKM melaporkan 2.6juta rakyat malaysia terutamanya golongan muda disahkan mengidap diabetes.Ini berpunca kerana peningkatan kadar obesiti yang berkait rapat dengan tabiat pemakanan yang tidak seimbang.



DIABETES
Penyakit diabetes adalah salah satu penyebab alat sulit lelaki tidak berfungsi ini kerana penyakit ini menyerang saraf, terutamanya jika sudah berada sudah peringkat serius hingga perlu mengambil ubat.
Pada peringkat awal memang tidak merisaukan tetapi jika paras gula dalam darah tidak dikawal daya rangsangan dan kekuatan seks akan mulai hilang.
Apabila makan ubat, paras gula memang dapat di kawal namun kesan lain ialah pesakit akan kadang2 berselera dan kadang2 tidak berselera,keadaan ini menyebabkan nutrisi tidak mencukupi,paras oksigen kurang dan membuatkan badan lemah dan lesu.

DARAH TINGGI & JANTUNG
Sewaktu menjalankan hubungan intim,jantung perlu mengepam darah dengan laju dan lancar ke seluruh tubuh badan terutamanya ke organ seks lelaki.
Jika sekiranya jantung bermasalah atau tekanan darah tidak stabil badan akan menjadi lemah dan anda akan menjadi kurang berkeďyakinan kerana bimbang terkena serangan jantung atau tekanan darah tinggi sewaktu menjalankan hubungan intim apatah lagi untuk mencapai klimaks.

Untuk mengatasi masalah di atas anda perlu menjaga pemakanan seharian iaitu diet yang sihat ini kerana diet sihat dan seimbang sangat penting bagi menghasilkan air mani yang sihat.Ia juga dapat memulihkan dan membantu tubuh badan supaya sihat dan kuat.
Anda juga perlu amalkan Vitamin untuk meningkatkan tenaga dan kesihatan lelaki sejati




Pemakanan juga perlu di jaga lagi jika memang ada ahli keluarga yang ada diabetes ini kerana penyakit ini boleh diwarisi.Banyakkan makanan berasaskan hasil tenusu,sayur-sayuran dan buah buahan dalam diet seharian.
Perbanyakkan juga Makanan tinggi antioksida bagi menentang radikal bebas.

Thursday 20 October 2016

HARGA MINYAK MASAK NAIK MULAI 1 NOVEMBER 2016?


Assalamualaikum.
Masuk dapur tengok minyak masak dah nak habis.Kakma memang selalu beli minyak masak yang 5kg selalu tahan lah 2 bulan.Tapi selalu kakma nak beli minyak masak yang 5kg ni kalau dekat kedai2 runcit memang susah nak dapat,selalu kat pasaranya besar2 baru ada, tu pun kalau ada.

2, 3 hari ni asyik keluar berita harga minyak masak akan naik...opppsss bahasa sopannya bukan naik tapi subsisdi minyak masak akan ditarik.Kadang naik pening dah baru bulan lepas harga petrol naik ni minyak masak pun akan naik..seperti kita tahu kedua - dua minyak ni dah satu keperluan lagi bukan kehendak dah.

Minyak Masak kat kedai runcit Habis

Paling sedih bila ada pihak2 yang tak bertangungjawap cuba menangguk di air keruh.Sorok stok minyak untuk  kaut keuntungan,walau pihak KPDNKK dan bagi warning tapi perkara macam ni tetap terjadi juga.So kita sebagai pengguna kena mainkan peranan buat laporan jika terjadi perkara begini.



Nanti ada lah yang akan dapat kesan paling2 tak harga makanan akan naik.
Sebagai rakyat kita terpaksa lah hadap kan.Dan tak dinafikan memang betul lah sekarang ni memang tak boleh dah nak bertahan dengan 1 punca pendapatan.Seperti kata Pak menteri kita memang kena buat 2 kerja untuk terus bertahan,lagi2 bila hidup kat bandar raya Kuala lumpur ni.

Ramai sekarang ni ambil peluang buat bisness..macam2 boleh jual namun kakma nasihatkan apa2 pun yang kita buat..buatlah dengan jujur,menjuallah sesuatu yang boleh mendatangkan kebaikkan dan tidak memudaratkan orang lain dan jangan fikir untung semata, ini kerana hasil duit tu kita akan buat untuk makan minum keluarga kita.Kakma sendiri memang menjual produk yang memang dijamin selamat, semulajadi dna berkesan dan satu2 nya produk yang ada #Landmarkstudy .

Kalau boleh bila nak mula buat bisness pilih yang tak perlu modal besar ini kerana kita tak tahu apa risiko yang kita akan hadapi,kita boleh pilih untuk menjadi dropship terlebih dahulu atau pilih yang tak perlukan modal seperti bisness yang kakma pilih ni memang Bisness terbaik.

Wednesday 19 October 2016

ATASI MASALAH ANGIN DALAM BADAN DAN KETIDAKSELESAAN PERUT DENGAN PEPPERMINT GINGER


Assalamualaikum.
Pernah tak anda rasa sebu perut?Badan rasa menyucuk-nyucuk atau rasa mcm sesak nafas?Kalau ada tanda-tanda di atas mungkin ini menunjukkan badan anda banyak angin.Selalu petua orang2 tua akan suruh kita minum air halia..yer air halia memang bagus untuk buang angin dalam badan lagi berkesan bila di campur dengan daun pudina.


Kakma sendiri memang pengidap gastrik,memang sakit dan tak selesa bula perut sebu dan lagi menyakitkan bila pedih ulu hati dan rasa loya tapi tak nak muntah.Hampir 16 tahun ubat angin menjadi peneman kakma, tapi sejak 4 tahun lepas kakma mula berkenalan dengan vitamin semulajadi iaitu peppermint ginger.Kakma nak ceritakan kenapa peppermint ginger ini sangat berkesan untuk masalah angin.

Peppermint ginger telah diuji secara klinikal dapat membantu dalam merawat atau mencegah masalah Loya , gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.
4 bahan utama dalam peppermintginger adalah Halia, daun pudina, Adas dan Jintan Manis.

Bahan utama peppermint ginger

Ginger / Halia 
- mampu merangsang rembesan enzim salvia untuk pencernaan makanan.Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usua, sakit haid,loya dam mual angin ketika mengandung dan berpantang.

Peppermint / Daun pudina 
-  berfungsi melegakan otot perut dan mempunyai kesan penenang.
Membantu dalam penghadaman, mabuk laut, melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit birit.
- juga mampu melegakan kesan2 sampingan seperti muntah dan hilang selera makan yang timbul daripada rawatan kemoterapi.
Ia juga merangsang pengeluaran peluh bagi mencegah mereka yang di jangkiti selsema daripada demam.

Fennel/ Jintan manis
-  sangat berkesan bagi melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak.
Ia juga merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan,menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit, melegakan haba di musim panas dan lembab dan memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.
Anise/ Jintan/ Bunga Lawang
- berfungsi untuk menghilangkan kembung perut, melegakan sakit perut,melegakan flu.Ia juga dapat membantu masalah alergic pada saluran usus.

Kakma nak kongsikan juga testimoni dari mereka yang dah amalkan peppermint ginger untuk masalah angin ini.

Testimoni 1
3 minggu sakit pinggang sebab angin.kawan syorkan peppermint ginger ambil 3 biji terus rasa nyaman dan sendawa angin.Terus rasa lega sakit pinggang.
Testimoni 2
Perut rasa tak selesa cuba ambil peppermint terus kentut2 angin keluar.


Buat anda yang ada masalah angin jangan di biarkan kerana ia akan menggangu rutin harian dan boleh mendatangkan sakit gastrik dan penyakit merbahaya lain.Cuba lah peppermint ginger anda pasti puas hati.
Macam mana nak dapatkan?..
Hubungi kakma Sekarang 0193624134.

Kalau anda berasa sekitar kampung padang balang sentul atau gombak anda boleh dapatkan vitamin terbaik untuk mata ni secara COD dan kakma akan konsult anda secara direct.

Kakma adalah pengedar shaklee kawasan kampung padang balang sentul dan bagi yang jauh kakma boleh pos..kakma menggunakan perkhidmatan poslaju selalu pos pagi ni esok dah sampai.

untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji
Call/ Whatsapp : 019 3624134
Email : Kmshop143@gmail.com
FB : Mai Md saupi

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Tuesday 18 October 2016

9 AKTIVITI BUAT BAYI BAHAGIA


Bayi bahagia??ada ke bayi yang tak bahagia?kakma harap tak ada bayi yang tak bahagia didunia ini.Bayi ibarat kain putih,kita ibu bapa lah yang corakkan bayi (anak2) kita.Kakma nak kongsikan 9 cara nak buat bayi bahagia.Kakma sendiri dah amalkan cara ni memang menjadi..seronokkan bila tengok bayi kita gembira dan ketawa..kalau balik kerja walau letih tapi bila tengok anak kita senyum ketawa rasa hilang semua penat.
Mujahid yang suka senyum
9 cara yang boleh dilakukan untuk buat bayi bahagia ialah :

1. Panggil Namanya
Walaupun masih bayi jika kita selalu panggil nama mereka lama2 mereka akan beri respon.Lagipun bila kita panggil nama sama kita mendoakan bayi kita, sebab tu penting kita bagi nama yang elok buat bayi kita.
Ketika berusia 7 bulan bayi begitu gembira apabila ada seseorang berbual dengan mereka dan selalunya bayi akan beri respons dengan gumaman.

Memang dah kenal nama sendiri bila kita panggil Mujahid terus berpaling dan senyum

2. Bermain
Selalunya bayi 7 bulan ke atas dah pandai bermain.Cuba ajak bayi anda bermain ba-ba-cak dengan gaya menutup muka dengan tangan dan buka, pasti bayi kita akan tersenyum.Bayi kakma Mujahid suka sangat sampai dia yang ajak kita bermain.Kakma selalu buat kat dinding bilik, sampaikan kakma tengah solat pun dia ajak bermain ba-ba-cak..seronok dengar Mujahid gelak.Bahagia sangat.Kita juga boleh guna kain2 nipis tutup muka bayi dan tarik sambil sebut ba-ba-cak...mesti bayi akan gelak dan tersenyum.
Suka sangat kalau dapat main ba-ba-cak

3. Bercerita
Selalu bercerita semasa buat apa2 aktiviti bersama bayi kita, contohnya semasa salin lampin bayi, mandikan atau memakaikan pakaian.
Semasa tukar lampin kakma selalu cakap "jom sayang pakai pampers dulu, nanti kita pakai baju cantik, nanti kita boleh pergi jalan2."
Semasa pakaikan baju kakma selalu cakap "kita pakai tangan kanan dulu baru kiri nanti dapat pahala".
Jika kita selalu bercerita bayi pun boleh belajar kosa kata, sebolehnya elak daripada menggunakan bahasa pelat (bahasa bayi) gunakan bahasa sempurna.

4. Keluar Rumah
Selalulah bawa bayi keluar dari rumah untuk melihay dan merasakan indahnya persekitaran di luar rumah.Kakma selalu perhatikan setiap kali keluar rumah walau keluar untuk ambil anak2 dari sekolah Mujahid seronok sangat.Jika bayi kita belum boleh berjalan, kenalkan bayi dengan angin, bau udara sekitar atau aroma seusai hujan.Boleh juga kenalkan bayi dengan bentuk kenderaan dan bunyi.Bagi bayi yang dah boleh berjalan boleh bawa berjalan atas rumput, pasir dan air.Menapak di lantai mereka dah biasa,tapi kalau dirumput atau pasir menjadi luar biasa baginya.
Seronok sungguh Mujahid dapat bermain kata luar rumah
5. Bebas Menjelajah
Bermain mainan bersifat pembelajaran memang bagus untuk menjadikan bayi pintar tapi bukan beerti hanya mainan yang boleh buat bayi pintar.Kita perlu biarkan bayi bebas eksporasi apa pun yang ada sekeliling bayi kecuali barang2 yang membahayakannya.Biarkan bayi bermain dengan cara mereka sendiri.

Suka sangat dia dapat sepahkan kain baju yang ummi dah lipat

6. Matikan Televisyen
Jika kita matikan televisyen masa bermain, berkomunikasi dan beraktivi dengan bayi akan lebih banyak.Pilihlah aktiviti yang boleh dilakukan bersama bagi merangsang perkembangan otak bayi.

7. Berikan Sokongan
Jika bayi anda dapat buat apa2 puji mereka, bayi akan rasa di hargai oleh ibu bapa.Contohnya kakma selalu beri 1 bekas dan minta Mujahid kutip lego masukkan dalam bekas tersebut dan bila mujahid berjaya masukkan kakma akan tepuk tangan lama2 Mujahid pun dah pandai tepuk tangan sendiri.Cara ini akan buatkan bayi kita membesar menjadi anak yang berani dan yakin diri.Selain bagi sokongan kita juga perlu bagi cadangan dan bagi contoh yang betul. 
Hari2 tangok ummi tulis slip pos dia pun sibuk nak tulis  

8. Bacakan Buku
Bila kita selalu bacakan buku ia bagus untuk buat bayi kita membesar nanti cintakan buku.Bacakan buku dengan nada yang sesuai dengan bayi kita.Ia akan membuatkan bayi kita belajar bunyi asas, pola dan ritma suara daripada cara kita membaca dan belajar mendengar aneka suara untuk pelbagai karakter.Aktiviti ini juga mampu mengasah anak mendengar dan mengigat.
Mujahid belajar bersama sama abang dan kakak
Kakak ajar Mujahid huruf hijaiyah

9. Tidur Siang
Bayi yang baru lahir sehingga usia y bln tidur sekitar 75% atau 18 - 20 jam sehari. Bayi perlu waktu tidur yang secukupnya bagi proses perkembangan fizikalnya.Ketika bayi berusia 6 bln waktu tidurnya berkurang sekitar 12- 15 jam sehari ini terjadi akibat perasaan ingin tahu untuk eksplorasi.Tapi kita perlu pastikan waktu rehat dan tidur siang secukupnya.Kakma memang perhatikan jika ada ramai berkumpul memang mujahid tahan mata tak nak tidur kerana seronok bermain.
Seeloknya jangan ganggu bayi saat sedang tidur siang ini kerana bayi yang kurang tidur siang akan lebih mudah meragam. 
Lena tidur

Masuk je kereta tidur

Harap perkongsian ini dapat membantu ibu2 muda terutamanya yang baru saja mendapat cahaya mata pertama.


Monday 17 October 2016

ATASI MASALAH SILAU KETIKA MEMANDU DI WAKTU MALAM


Ramai antara kita ada masalah mata sekarang ini,lagi- lagi masalah rabun dan silau.Kakma ingat lagi sejak kecil Mak kakma selalu suruh makan carrot untuk mata yang sihat.Hari ni kakma nak kongsikan vitamin yang sangat baik untuk kesihatan mata.

Kakma memang ada masalah silau sebelum ni.Bila malam kakma memang tak berani nak drive.Tapi sejak kakma konsisten habis 3 botol vitamin Carotomax ni masalah silau kakma dah tiada dan boleh drive dengan yakin pada waktu malam.


Vitamin rawat rabun dan silau

Meh kakma kongsikan apa tu Carotomax.

Carotomax membantu mempertingkatkan penglihatan
dengan menghasilkan "ungu visual" yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan di dalam gelap.

Carotomax juga mengandungi fitokimia semulajadi yang penting untuk mata, kulit dan membran mukosa.

Caratomax mengandungi 6 variati karotena, yang diekstrak dari rangkaian sayuran dan buah buahan yang kaya dengan sifat anti oksidan. 6 kandungan utama yang terdapat dalam Carotomax adalah:

1. Alpha Carotene
Penting untuk mata yang sihat, penglihatan malam dan menghalang degenerasi penglihatan.

2. Lutein 
Menyekat penyakit katarak, AMD dan Glaukoma.

3. Zeaxanthin 
Melindungi mata dengan menuras cahaya gelombang biru pendek yang berbahaya.
Mengurangkan risiko kanser payudara, ovari dan servik.

4. Lycopene 
Bersifat anti oksidan, menghalang penuaan organ.
Baik untuk kesihatan servik, kitaran jantung dan meningkatkan sistem imun.
Bagus untuk merawat penyakit kelenjar prostat.

5. Beta Carotene 
Mampu memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka.
Ia juga mampu mempertingkatkan sisten imun, mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat.

6. Astaxanthin
Shaklee menuai karotenoid astaxanthin dari mikroalga laut iaitu sumber yang poten dan tulin.Fungsi Astacanthin adalah melindungi kerosakan oksidasi kolesterol LDL ( kolestrol baik)

1 hidangan (1bj) Carotomax bersamaan dengan : 
- 89 hidangan Raspberries yg kaya dengan Alpha -corotene.
- 102 hidangan pisang yang kaya dengan carotene
- 715 hidangan aprikot yang kaya dengam lycopene
- 113g hidangan salmon yang kaya dengan astaxanthin
- 285 hidangan pink grapefruits yang tinggi dengan lutein dan zeaxanthin.

Wah bila baca kat atas ni rasa macam tak sanggup nak makan hidangan2 di atas bg mendapatkan khasiat yang sama dengan 1 biji Carotomax lagipun kakma rasa kos nak makan semua hidangan tu lagi ti nggi berbanding carotomax kan?so memang berbaloi cepat dan jimat kalau kita ambil carotomax.

Kakma kongsikan testimoni dari mereka yang dah amalkan carotomax

Testimoni 1.
Emak ada masalah gangguan penglihatan yang mana nampak bintil/tompok hitam yang di panggil floaters.Sebulan Mak amalkan carotomax dan vivix masalah Floaters hilang.
Masalah tompok hitam pada mata
Masalah Floaters Hilang
Testimoni 2.
Mata rabun makin turun yang mana power turun dari 50 ke 100.Silau suami pun makin baik.
Vitamin untuk masalah rabun dan silau
Rabun dan Silau makin berkurang
Testimoni 3
Ayah ada brain tumor dan effect mata doktor kata mata ayah tak ada harapan tapi lepas ayah konsisten carotomax doktor macam tak percaya ayah kembali boleh melihat.
Rabun sembuh dengan vitamin shaklee
Dapat melihat kembali
Testimoni 4.
Power mata makin turun asal kanan 20p dan kiri 250 lepas check mata power turun kedua dua mata 75 selepas konsisten ambil carotomax.
Rabun makin berkurangan
Power mata semakin turun


Buat anda yang ada masalah mata samaada silau atau rabun kakma sangat2 syorkan anda mencuba Carotomax ini.
Macam mana nak dapatkan?..
Hubungi kakma Sekarang 0193624134.

Kalau anda berasa sekitar kampung padang balang sentul atau gombak anda boleh dapatkan vitamin terbaik untuk mata ni secara COD dan kakma akan konsult anda secara direct.

Kakma adalah pengedar shaklee kawasan kampung padang balang sentul dan bagi yang jauh kakma boleh pos..kakma menggunakan perkhidmatan poslaju selalu pos pagi ni esok dah sampai.

untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji
Call/ Whatsapp : 019 3624134
Email : Kmshop143@gmail.com
FB : Mai Md saupi

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*


Sunday 16 October 2016

FAKTOR FAKTOR YANG MENYEBABKAN KULIT MUKA CEPAT BERKEDUT



KEDUT!!! mmg ngeri bila difikirkan lagi2 bila kedut mula nampak kat bahagian muka,terutama apabila melihat wajah di cermin. Pelbagai cara dilakukan untuk menghilangkan kedut yang menandakan usia kita semakin meningkat sama ada melalui pengambilan suplemen, vitamin, melakukan rawatan khusus di spa-spa serta tidak kurang juga yang menggunakan pendekatan mudah dan cepat dengan suntikan antipenuaan seperti suntikan botoks.

Kakma nak kongsikan faktor- faktor yang menyebabkan kedutan muka boleh berlaku dengan cepat dan tips bagaimana nak melambatkan proses kedutan daripasa berlaku.

Faktor yang paling besar adalah terdedah secara langsung dan lama kepada cahaya matahari terutama dari jam 10 pagi hingga 4 petang kerana cahaya ultraungu matahari boleh menyebabkan kerosakan lapisan luar kulit muka dan mengakibatkan kedutan, pecah, kasar dan kering pada kulit muka.

Keadaan sekitar yang terdedah dengan tadikal bebas juga memberi kesan kepada kerosakkan kulit ini kerana radikal bebas akan merosakkan sel2 kulit kita.
Perbanyakkan makanan yang tinggi antioksidan bagi melawan radikal2 bebas.
Dapatkan vitamin ANTIOKSIDAN untuk atasi RADIKAL BEBAS di sini

Tabiat merokok juga boleh mengurangkan pengaliran darah bernutrien dan beroksigen ke muka serta merosakkan fiber kolagen dan elastin yang memberikan kekuatan pada kulit muka.

Di samping itu, penggunaan air panas yang lama semasa mandi boleh menghilangkan sifat berminyak yang semulajadi pada kulit.Bagi memastikan kulit cantik, rawat atau jaga muka anda dengan lembut.

Penggunakan sabun yang menghakis dan tidak sesuai pada muka, guna bahan pelincir muka semasa bercukur dan mengesat muka dengan kuat selepas mandi juga akan menghilangkan kelembapan kulit muka.Amat penting anda sentiasa mengamalkan penggunaan pelembap muka yang sesuai mengikut jenis kulit muka anda.
Stres turut menyebabkan kulit muka menjadi lebih sensitif dan penyebab kepada berlakunya jangkitan kulit muka atau jerawat.Stress juga akan membuatkan hormon jadi tak stabil dan boleh menyebabkan terjadinya jeragat.

Amalan pemakanan yang tidak seimbang seperti kerap mengambil makanan berlemak dan berkanji juga menyumbang kepada proses penuaan berlaku dengan cepat.perbanyakkan minum air, buah-buahan, sayuran, bijirin, protein ringkas di samping pengambilan diet mengandungi vitamin C.

Jika anda ingin kelihatan sentiasa muda dan mendapat kulit yg sentiasa cantik dan sihat elakkan terdedah dengan faktor2 di atas.Di samping itu anda boleh amalkan supplement sebagai usaha untuk memastikan kulit muka sentiasa sihat dan cantik.

Dapatkan vitamin untuk kulit cantik di sini