Monday 25 January 2016

TANDA-TANDA KENCING MANIS YANG PERLU KITA KETAHUI


tanda-tanda kencing manis

Assalamualaikum.. Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH. Tahukah anda 1 dari 6 orang rakyat malaysia adalah pengidap kencing manis dan Kencing manis merupakan salah satu daripada 10 penyakit pembunuh utama di Malaysia di samping strok / angin ahmar,tibi dan barah paru-paru. Statistik terbaru menunjukkan 17 peratus daripada penduduk di Malaysia menghidap Diabetes Mellitus atau kencing manis.
Tanda-tanda atau simptom kencing manis kadang-kadan sukar untuk dikesan sehinggakan pesakit sendiri tidak sedar mereka mengidap penyakit ini sehinggalah ia sampai ke tahap yang sangat serius. Oleh itu adalah penting untuk anda mengenal pasti tanda-tanda tersebut agar dapat mencegah sebelum ia menjadi parah.Kita juga tahu penyakit kencing manis ini adalah penyakit keturunan jadi bagi mereka yang ada sejarah keluarga yang ada kencing manis perlu menjaga pemakanan dan perlu berhati-hati dan peka terhadap tanda-tanda simpton kencing manis ini.


Tanda-Tanda Biasa Penyakit Kencing Manis

Bacaan gula dalam darah tinggi
Bila tahap bacaan gula tinggi ini memng tanda- tanda paling tepat yan menunjukkan anda telah mengidap kencing manis.Cara terbaik untuk memeriksa tahap gula dalam darah anda adalah dengan membuat ujian gula di klinik atau hospital.

Kerap buang air kencing
Kerap ke bilik air di waktu malam adalah  gejala biada kencing manis. Apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang anda akan bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut. Ini memaksa anda membuang air kecil secara kerap.

Dahaga yang berlebihan
Oleh kerana kerap kencing yang mana badan anda kehilangan air ia akan membuatkan anda rasa lebih dahaga.
Dahaga yang berlebihan ini tidak akan hilang walaupun setelah meminum air yang banyak.Walaubagaimanapu dahaga yang berlebihan bermakna badan anda sedang cuba untuk menambah cecair yang hilang.

Sentiasa rasa lapar
Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti sepatutnya, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa, lalu menyebabkan tahap gula dalam darah jatuh.
Apabila tahap gula dalam darah menurun secara tiba-tiba, badan memberi isyarat bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi, sebab itu rasa nak makan sentiasa.

Cepat Keletihan
Apabila badan anda berusaha mengimbangi kekurangan glukosa ia akan membuat anda letih. Bangun tidur untuk pergi ke bilik air beberapa kali pada waktu malam juga akan membuat anda letih kerana ia mengganggu tidur anda.

Luka lambat sembuh
Luka lambat sembuh ini terjadi kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri. Ini menyebabkan darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan tidak atau sukar untuk sampai ke anggota-anggota badan yang luka tersebut.
.
Kekejangan pada tangan dan kaki
Kejang, kebas,kesemutkan dan kesakitan membakar atau bengkak pada tangan dan kaki adalah tanda-tanda bahawa saraf dirosakkan oleh kencing manis kerana kandungan gula yang terlalu tinggi.

Penglihatan kabur
Apabila glukosa dalam darah tinggi, ia mengubah bentuk kanta dan mata, menyebabkan penglihatan kabur.Bacaan gula yang tinggi juga boleh merosakkan saraf mata.
Walau bagaimanapun ia akan kembali kepada asal apabila tahap gula dalam darah kembali normal atau hampir normal namun tahap gula yang tinggi sekiranya dibiarkan untuk tempoh yang panjang, akan menyebabkan kerosakan kekal, dan berisiko untuk menjadi buta.
  
Jika anda dapat kesan tanda-tanda kencing manis ini lebih awal anda dapat mencegah sebelum ia menjadi parah.Anda boleh mencuba suplemen shaklee yang mana sudah ramai yang berjaya mengawal dan juga ada yang sudah sembuh dari kencing manis selepas mengamalkan Vivix shaklee.Kakma kongsikan testimoni mereka yang mengamalkan Vivix ini.





Banyak lagi testimoni dari mereka yang mengamalkan vivix anda boleh klik di sini untuk melihatnya.
Inilah vivix yang diperkatakan ini.Berita baik jika anda beli Vivix pada bulan ini Jan 2016 anda akan dapat dengan harga lebih jimat kerana Vivix promo bulan ini.

Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana Kakma adalah Pengedar Sah Shaklee area Gombak , Batu Caves , kg padang Balang, Sentul serta kawasan sekitar Kuala Lumpur. 
untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji 


 Call/ Whatsapp : 019 3624134 
 Email : kmshop143@gmail.com 
 FB : Mai Md saupi 

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

No comments:

Post a Comment