Friday 8 January 2016

PENYAKIT BELL'S PALSY DAN CARA RAWATANNYA


Kakma ingin kongsikan info mengenai sakit Bell's Palsy, pernah dengar penyakit bell' palsy? Nama Bell’s palsy diberi sempena pakar anatomi Scotland Charles Bell yang pertama kali menggambarkan keadaan tersebut sebagai penyakit mononeuropati akut (penyakit yang melibatkan satu saraf).kakma pun baru tahu sebenarnya selama ni kakma ingat ni strok..rupanya bukan strok. 
BELL'S PALSY

Sebenarnya kakma sendiri baru tahu mengenai penyakit ini setelah kakma berkenalan dengan kawan SID yang di sahkan mendapat penyakit Bell's Palsy ini pada bulan Oktiber 2015.Sebelum ini kakma ingatkan ianya salah satu kesan strok.Ini kerana iainya nampak seperti strok yang mana ianya terjadi secara tiba-tiba kepada wajah. Bell's Palsy adalah kelumpuhan tiba-tiba pada saraf wajah yang mana menyebabkan wajah herot dan tidak simetri. 



Punca terjadinya Bell's palsy
Biasanya, ia berlaku secara tiba-tiba melibatkan sebelah muka namun dalam kes tertentu (peratusan rendah) ia boleh melibatkan kelumpuhan kedua-dua belah muka.
Mengikut pakar yang di jemput dalam rancangan Wanita hari ini pada 28 april 2011 Bell's palsy ialah satu jangkitan virus yang menyerang saraf di muka, saraf tersebut, bergerak melalui tengkorak dalam saluran tulang kecil di bawah telinga.Saraf tersebut membengkak dan mampat dalam saluran tulang yang sempit, dipercayai keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan atau perencatan pada saraf tersebut dan menyebabkan pesakit mengalami kekenduran pada otot muka. Antara akibatnya kelopak mata tidak boleh dibuka atau tutup, mulut senget dan deria rasa berkurangan.
“Namun itu hanya sebahagian daripada punca yang dikenalpasti kerana punca sebenar masih tidak diketahui,.
Beberapa punca lain yang mempunyai kaitan dengan serangan Bell’s palsy seperti trauma, faktor sekeliling, emosi dan metabolik tidak stabil.

Simptom dan Tanda
Bell’s palsy dikenalpasti melalui bentuk muka seakan jatuh sebelah. Kegagalan saraf VII berfungsi menyebabkan mata pesakit tidak boleh dikerdip dan tutup, senyuman dan pergerakan bibir terganggu, lidah mengeras, kening juga seperti berkerut dan terangkat, air liur meleleh dan hidung seakan terjatuh pada bahagian yang terjejas.Ssetengah pesakit boleh merasai kelainan pada wajahnya beberapa hari sebelum diserang Bell’s palsy seperti rasa kebas, sakit bahagian telinga dan rasa kelainan pada lidah.

Merawat Bell's Palsy
Hampir 50 peratus pesakit boleh pulih dalam masa dua hingga tiga minggu malah ada yang menunjukkan pemulihan dalam tempoh 10 hari tanpa sebarang rawatan khusus.
“Sementara itu, 35 hingga 40 peratus mengambil masa lebih kurang setahun untuk pulih dan hanya lima peratus yang tidak pulih sepenuhnya di mana wajah mereka kekal menunjukkan mengalami Bell’s palsy,” katanya.
Rawatan yang diberikan selalunya doktor biasanya akan memberi pesakit ubat makan steroid (kortikosteroid) dengan dos yang tinggi pada peringkat awal serangan selama dua minggu. Ia akan berkurangan sehinggalah pesakit menunjukkan peningkatan.
Sesetengah pesakit mungkin tidak memerlukan rawatan khusus bergantung kepada tahap yang dilalui oleh pesakit.

Di sini Kakma ingin kongsikan coretan sahabat yang kakma ceritakan di atas yang mengalami sakit Bell' s palsy pada oktober 2015,yang mana beliau meluahkan rasa syukur yang mana beliau telah sembuh sepenuhnya dari Bell's Palsy ini.Beliau telah kongsikan pengalaman beliau di FB dan ini adalah luahnya.

******************************

Alhamdullilah, 2 oct 2015, Saya bangun sebelah muka dah jatuh, Tak boleh senyum, Mata tak boleh tutup, Air mata mengalir macam menangis. Sakit. Rasa tegang je.

Doktor sahkan saya diserang Bell's Palsy. Bukan STROKE, tapi kelemahan sebelah otot muke

Saya diberikan steroid. Puncanya tidak diketahui.

Saya tidak mengambil sebarang steroid lagi selepas tu.. Saya cuma fokus dengan fisioterapi dan mengambil suplemen Shaklee pada SPECIAL DOSE iaitu Vivix, Omega Guard, B complex, Vitamin E. Saya juga menjalani fisioterapi.


Alhamdullilah selepas 90hari
Saya diberi kesempatan SENYUM kembali

Kalau ade ahli keluarga / sahabat handai yg mengalami berikan support. Ia bukan mudah seperti dijangka

Saya dan sahabat ‪#‎bellpalsy‬ sahaja yg tahu apa yg kami rasa.. Actually its more to self confidence / esteem. Tapi serius is MANIS untuk diingati dalam kalendar kehidupan. Hadiah dari Allah. Semoga ianya menjadi penghapus dosa-dosa 


Inilah sahabat kakma adik Faiza Suhada,
Alhamdulillah kakma tumpang gembira untuk sahabat kakma.Syukur pada Allag sesungguhnya setiap penyakit ada penawarnya,apa yang penting kita jangan putus asa dan berusaha.

Kakma ingin kongsikan info supplement yang beliau ambil iaitu Vivix,Omega Guard, B Complek dan Vitamin E

Vivix - tonik ajai yang merawat dari asas iaitu sel.



Omega Guard - minyak ikan terbaik yang membantu melancarkan darah dan menjaga kesihatan jantung dengan menurunkan bacaan kolestrol jahat.




B complek - Sangat penting bagi memastikan saraf yang sihat.Salah satu tanda kekurangan vitamin B ialah selalu kebas-kebas.Vitamin B juga membantu mengawal stress.



Vitamin E - vitamin yang tinggi antioksida melindungi sel dari radikal bebas.



Jika anda ingin mendapatkan info lanjut mengenai vitamin di atas anda boleh hubungi kakma.Kakma adalah Pengedar Sah Shaklee Gombak,batu caves,kg padang balang dan Sentul serta kawasan sekitar kuala lumpur.

Hubungi kak ma di talian : 019 3624134 Email : Kmshop143@gmail.com 
Fb : Mai Md saupi

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

No comments:

Post a Comment