Sunday 17 January 2016

MAKANAN IBU SEMASA BERPANTANG


Assalamualaikum.. Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.Kakma ingn kongsikan makanan ibu semasa berpantang, seperti kita tahu semasa berpantang ibu perlu menjaga pemakanan ini kerana untuk memastikan proses pemulihan seleas bersalin lancar dan memastikan luka-luka dalaman betul-betul sembuh.Penjagaan semasa pantang snagat penting ini kerana kesanya bukan sekarang dirasai tapi bila di hari tua.Ramai yang tidak ambil berat penjagaan semasa berpantang mungkin kerana mereka berasa sihat.walaupun kita rasa sihat luaran tapi dalaman kita tidak tahu jadi eloklah kita jaga dan ikut mana yang elok.
Kakma kongsikan jenis-jenis makanan yang ibu boleh dan tidak boleh makan semasa berpantang.



JENIS-JENIS MAKANAN SEMASA BERPANTANG

1-JENIS IKAN
Ibu didalam pantang disyorkan memakan ikan segar dan mengelakkan daripada memakan ikan yang berbisa seperti bawal, ikan terubuk, ikan pari, ikan duri,ikan keli serta ikan sembilang. Hal ini kerana boleh menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.Ibu berpantang juga tidak digalakkn makan ikan yang boleh menyebabkan kegatalan seperti ikan tongkol ini kerana boleh menyebabkan kegatalan ditempat luka.Semua jenis seafood udang ,sotong dan kerang juga dilarang makan.Namun banyak lagi ikan yang boleh di makan seperti ikan haruan, ikan yu, ikan selar ,ikan gelama, ikan merah , ikan jenahak serta ikan bilis pun boleh di makan semasa berpantang.
Mengikut petua melayu, ikan haruan dan yu baik untuk orang lepas bersalin, ia dipercayai boleh mempercepatkan proses memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan dapat menyembuh luka. Manakala ikan yu dapat membanyakkan susu ibu.



2-ULAM-ULAMAN
Ulam-ulaman yang baik untuk ibu selepas bersalin seperti serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, pegaga, ulam raja, pucuk mengkudu, daub sekentut, daun pudina dan banyak lagi jenis ulam Ulam ini baik untuk ibu dalam pantang kerana ia mengandungi fiber, zat galian (mineral), dan pelbagai vitamin termasuklah vitamin A, C, dan E bersifat antioksidan.Ulam pegaga juga membantu banyakkan susu.


3-SAYUR DAN BUAH-BUAHAN
Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran yang menjalar, sejuk, serta berangin. Contohnya air tebu, cincau, kelapa muda, nenas, jambu, belimbing, durian belanda dan lain-lain. Hal ini kerana akan mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi dan boleh buat ibu berpantang demam.Walaubagaimanapun Ibu berpantang perlu mengambil sayuran ini kerana serat sangat penting,jika ibu tidak cukup serat risiko mendapat sembelit sangat tinggi.Antara sayuran yang boleh di ambil ialah ubi kentang, peria ,sawi, lobak merah dan putih.

4-JENIS AYAM,DAGING DAN BURUNG
Ibu dalam berpantang digalakkan makan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam dan madu lebah. Hal ini kerana dapat mengembalikan ketahanan tubuh. Manakala burung puyuh dan merpati baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.Daging juga boleh di makan selalunya dibakar selepas diperap dengan kunyit,halia bawang putih dan garam.



5. Air
Semasa berpantang Ibu sangat di galakkan perbanyakkan minum air suam ni sangat membantu dalam proses penghasilan susu ibu. Air halia membantu menyingkirkan angin dalam badan.Air berais,sejuk dan bergas sangat di larang semasa pantang.Air kelapa dan air tebu juga tidak benarkan.



Moga perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu yang akan berpantang atau sedang berpantang dan jika ingin mendapatkan info mengenai set berpantang yang menjadi pilihan ibu-ibu muda boleh baca di sini

No comments:

Post a Comment